Thursday, July 23, 2026

Pemandu lori maut, 22 penumpang bas cedera dalam kemalangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemandu lori maut, manakala 22 penumpang bas terselamat dalam nahas jalan raya yang berlaku di Kilometer 60 Jalan Kota Bharu-Gua Musang malam tadi.

Dalam kejadian pada 10.40 malam itu, pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati bas yang membawa 22 penumpang itu dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Seremban, Negeri Sembilan, manakala lori pula dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kota Bharu.

“Setiba di lokasi, lori terbabit telah bertembung dengan bas dan kemalangan itu mengakibatkan bas itu bergerak ke sebelah kiri jalan lalu melanggar penghadang keselamatan,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suzaimi berkata, bagaimanapun, kelindan lori dan pemandu bas hanya mengalami kecederaan ringan, manakala 22 penumpang bas pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua mereka telah dibawa oleh pihak syarikat bas berkenaan ke lokasi dituju dengan selamat,”katanya

Katanya, mayat mangsa yang maut terus dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.

“Ke disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan