Monday, July 20, 2026

SPM 2023 diawalkan: KPM akan keluarkan kenyataan rasmi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang dilaporkan akan bermula lebih awal pada 5 Disember depan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

“Kita (KPM) memang belum keluarkan kenyataan lagi. Tunggu sahaja laporan penuh kita itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan bahawa SPM tahun ini akan bermula seawal Disember berbanding peperiksaan pada tahun lalu yang hanya bermula pada 30 Januari dan berakhir 15 Mac.

Bagi tahun ini, peperiksaan dijangka bermula dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember, diikuti Ujian Bertutur pada 8 Januari tahun depan.

Perubahan jadual peperiksaan ini dipercayai merupakan langkah KPM dalam mengembalikan jadual persekolahan seperti sediakala yang bermula pada Januari setiap tahun. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan