31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Raikan jentera, dalam kenduri kesyukuran – Aminuddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkesempatan meraikan jentera Pakatan Harapan (PH)- Barisan Nasional (BN) dalam Kenduri Kesyukuran yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, malam tadi.

Aminuddin turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentara yang telah bertungkus lumus sepanjang tempoh perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

“Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada jentera yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memastikan kejayaan yang dikecapi pada hari ini.

“Semoga dengan kejayaan yang kita peroleh hari ini bukanlah dijadikan sebagai penanda aras keselesaan, akan tetapi dijadikan sebagai permulaan dalam memperjuangkan hak rakyat dan memakmurkan Negeri Sembilan yang kita kasihi, insya-Allah,”ujar beliau menerusi hantaran di Facebook di sini.

Semalam, Aminuddin, 52, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Mengadap Besar, Istana Besar Seri Menanti, di sini, jam 4.15 petang tadi.

Advertisements

Beliau dilantik semula selepas gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) memenangi 31 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Daripada 31 kerusi dimenangi itu, PH menguasai 17 kerusi, manakala BN 14 kerusi.

Aminuddin sebelum dilantik Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PH menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Pada PRN kali ini, Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) mempertahankan kerusi DUN Sikamat yang disandangnya.

Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Ahmad Raihan Muhamad Hilal dan dua calon Bebas, Bujang Abu serta Mohammed Hafiz Baharudin dengan majoriti 2,662 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan