31.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Tak rasmi: PH-BN tawan Pulau Pinang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GABUNGAN Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kekal menerajui Pulau Pinang selepas berjaya mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Sehingga pukul 10 malam tadi, keputusan tidak rasmi memperlihatkan gabungan PH-BN berjaya memenangi 21 daripada 40 kerusi di negeri tersebut.

Antara Dewan Undang Negeri (DUN) yang dimenangi gabungan itu termasuk Berapit, Padang Lalang, Jawi, Pulau Tikus, Padang Kota, Pengkalan Kota, Sungai Puyu, Komtar, Seri Delima, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Sungai Acheh, Datok Keramat dan Bertam.

Advertisements

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mewakili BN menang majoriti 2,321 undi.

Menerusi keputusan rasmi, Reezal Merican memperoleh 10,453 undi menewaskan pencabarnya yang juga penyandang kerusi, Khaliq Mehtab yang mendapat 8,132 undi.

Dalam pada itu, Perikatan Nasional (PN) menang tiga kerusi di DUN Pulau Pinang seperti Pinang Tunggal, Penanti dan Sungai Bakap. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Imigresen serbu ‘kawasan panas’, tahan 17 pendatang asing

SEBANYAK 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor dalam satu operasi di 'kawasan...

Lagi Artikel Berkaitan