Tuesday, July 21, 2026

PM harap Ramsamy terus beri sumbangan kepada negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy akan terus menyumbang sesuatu kepada negara.

Anwar berkata, beliau percaya segala yang berlaku sehingga mempengaruhi keputusan pemimpin itu meninggalkan DAP adalah berkaitan masalah dalaman parti.

“Ramasamy sahabat saya akan tentunya dapat pandangan daripada dia (tentang perkara yang berlaku).

“Mungkin ada beberapa masalah khusus dalam parti. Saya harap dia main peranan positif untuk membantu kerajaan dan pendekatan Malaysia Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik hari ini.

Ramasamy hari ini mengumumkan keputusannya melepaskan semua jawatan dalam DAP serta mengambil keputusan untuk keluar parti tersebut.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mempertimbang faktor pimpinan DAP Pusat terlalu bergantung kepada ‘maharaja’ yang menjadi punca krisis kepimpinan di Pulau Pinang.

Ramasamy bagaimanapun mendedahkan masih belum berhasrat menyertai mana-mana parti politik mahupun menubuhkan parti baharu. 

Beliau turut menegaskan akan terus menyokong gabungan Pakatan Harapan (PH), terutama kepimpinan Perdana Menteri dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan