26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Chelsea saingi Liverpool untuk dapatkan Lavia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CHELSEA dilaporkan menyaingi usaha Liverpool untuk mendapatkan pemain tengah Southampton, Romeo Lavia apabila mengemukakan bidaan sebanyak RM279 juta malam tadi.

Jumlah itu hanya kurang RM11.6 juta daripada yuran perpindahan yang diminta kelab Liga Kejohanan itu.

Liverpool yang tampil dengan bidaan kali ketiga berjumlah RM267 juta pada Isnin lalu ditolak The Saints.

Southampton yakin dengan permintaan yang ditetapkan kerana percaya Manchester City bersedia mengaktifkan klausa pembelian semula RM261.6 juta yang hanya akan aktif musim depan.

Advertisements

Selain Chelsea dan Liverpool, terdapat minat yang ditunjukkan daripada kelab dari luar England untuk mendapatkan pemain muda Belgium berusia 19 tahun tersebut.

Chelsea ingin membawa masuk Lavia selepas usaha mendapatkan Moises Caicedo masih tergantung sementara kelab barat London itu dilapor bersedia mengaktifkan klausa RM116 juta untuk Tyler Adams.

Tawaran yang dikemukakan Chelsea untuk Lavia menguji The Reds sama ada untuk terus bersaing tampil dengan tawaran baharu atau beralih kepada pemain tengah Fluminense, Andre.

Sementara itu, Lavia diketepikan daripada skuad The Saints bagi aksi Piala EFL awal pagi tadi menentang kelab divisyen tiga, Gillingham. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan