33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Lagi premis makanan kotor, 48 kompaun dikeluarkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAGI premis makanan kotor dikesan!!!

Kali ini operasi yang dilakukan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tertumpu di kawasan Parlimen Segambut iaitu Plaza Arkadia, Jalan Intisari, Desa Parkcity.

DBKL berkata, sejumlah 38 premis telah dilawati, namun empat premis tidak beroperasi, dan sebanyak 34 sahaja premis diperiksa.

“Dalam operasi kali ini sebanyak 48 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016 dan Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan WP 1979.

Advertisements

“Pelbagai jenis kesalahan telah dikenalpasti seperti tahap kebersihan premis yang rendah, pekerja penyediaan makanan tidak mendapat suntikan.

“Selain itu, turut dikesan perangkap minyak serta pinggan mangkuk tidak diselenggara dengan sempurna dan kesalahan berkaitan operasi,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Sehubungan denhan itu, DBKL menggesa supaya para peniaga makanan tidak mengambil muda soal kebersihan.

“Janganlah ambil mudah mengenai aspek kebersihan premis, pekerja, peralatan dan kualiti makanan. Takut nanti pelanggan tidak mahu lagi berkunjung ke premis anda,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi – KPN

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan