34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

FAM tawar tiket kombo RM70 Pestabola Merdeka 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menawarkan tiket kombo berharga RM70 bagi menyaksikan dua perlawanan skuad Harimau Malaya pada kejohanan Pestabola Merdeka yang akan berlangsung Oktober ini.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, tiket berkenaan akan dijual dalam tempoh terhad bermula 9 Ogos hingga 5 September 2023 di portal www.tickethotline.com.my.

Katanya, menerusi tawaran itu, penyokong Harimau Malaya mendapat penjimatan sebanyak RM10 bagi kedua-dua perlawanan kerana tiket dewasa bagi satu perlawanan dijual pada harga RM40.

“FAM memperkenalkan tiket kombo RM70 yang mana penyokong Harimau Malaya berpeluang untuk membeli tiket bagi kedua-dua hari perlawanan pada satu harga istimewa bagi kategori terbuka sahaja.

“Bagi tiket kategori terbuka pada harga normal serta tiket grandstand dan premium pula hanya akan dijual bermula 6 September,” katanya menerusi kenyatan hari ini.

Advertisements

Pestabola Merdeka 2023 Edisi Ke-42 yang disertai empat pasukan menampilkan format kalah mati itu dan akan berlangsung pada 13 dan 17 Oktober di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kejohanan yang kali terakhir diadakan pada 2013 itu bakal disertai tiga pasukan lain selain Malaysia seperti India, Palestin dan Lubnan.

Harga tiket bagi setiap perlawanan ialah RM40 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak enam hingga 12 tahun) bagi kategori terbuka, RM60 (grandstand) dan RM80 (premium).

Noor Azman berkata, majlis undian Pestabola Merdeka 2023 dijadual berlangsung 8 Ogos ini.

“Tarikh baharu bagi penjualan tiket tersebut telah diubah iaitu akan bermula pada Rabu, 9 Ogos ini berbanding perancangan asal sepatutnya bermula pada Selasa lalu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan