Thursday, June 4, 2026

Kenyataan media dakwa KPPA disiasat palsu – JPM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perdana Menteri (JPM) kenyataan media yang tular di media sosial mendakwa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr. Zulkapli Mohamed disiasat adalah palsu

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, penularan kenyataan media tersebut adalah berniat jahat dan cuba mengelirukan orang ramai.

“JPM ingin merujuk kepada kenyataan edia bertajuk ‘Siasatan ke atas Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam’ 25 Julai 2023 yang didakwa dikeluarkan Perdana Menteri dan sedang tular di platform media sosial.

“Untuk makluman, kenyataan tersebut adalah Palsu. Tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata berniat jahat dan mengelirukan rakyat,” katanya.

Kenyataan media itu antara lain mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menubuhkan satu jawatankuasa siasatan bagi menyiasat isu-isu berkaitan KPPA.

Isi kenyataan itu turut menyeraikan tiga tumpuan siasatan yang akan dijalankan termasuk kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.

Mohd. Zuki dalam pada itu meminta orang ramai supaya untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti kesahihahnnya atau palsu.

“Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan