26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Wan Ahmad Dahlan dilantik sebagai KPPA baharu

Mesti Baca

BEKAS Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam baharu berkuat kuasa esok.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, pelantikan Wan Ahmad Dahlan, 58, adalah berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun sejak mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pengangkutan pada 25 Januari 1995.

Advertisements

“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, di Istana Negara serta di Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Saya yakin dengan pengalaman serta kredibiliti yang dimiliki beliau mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan ini bagi menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Ahmad Dahlan berkelulusan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Ilmu Komunikasi (Kepujian) dari Universiti Airlangga, Surabaya, Indonesia dan Ijazah Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya.

Pada masa sama, Mohd. Zuki bagi pihak kerajaan merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed atas segala khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan sebagai KPPA. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan