30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Sanusi main persepsi, cuba sabotaj ekonomi negara

Mesti Baca

TINDAKAN Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang memainkan persepsi seolah-olah Kerajaan Perpaduan akan tumbang dalam masa terdekat seolah-olah cuba untuk mensabotaj ekonomi negara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau tidak menyangka seorang Menteri Besar seperti Muhammad Sanusi sanggup bermain persepsi sedemikian.

Beliau berkata, kenyataan Menteri Besar Kedah itu dianggap tidak bertanggungjawab kerana kepimpinan Perikatan Nasional (PN) sendiri menafikan wujud sebarang gerakan menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah YAB MB (Menteri Besar) Kedah mahu mensabotaj ekonomi negara yang hari ini sudah melalui fasa pemulihan selepas mendapat keyakinan dan kepercayaan pelabur bahawa politik tanah air sudah stabil?

“Apakah YAB MB Kedah mahu membiarkan rakyat terus menderita selama bertahun-tahun selepas kejatuhan BN (Barisan Nasional) 2018 sehingga menyebabkan ekonomi merudum teruk hingga kos sara hidup meningkat lantaran pelabur yang keluar akibat politik tidak stabil?,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Semalam, Muhammad Sanusi mendakwa PN sudah mempunyai cukup jumlah akuan bersumpah (SD) dah hanya menunggu hari untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PN bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci termasuk mengenai jumlah SD yang diperoleh.

Asyraf Wajdi berkata, dakwaan wujud SD tersebut hanyalah permainan persepsi semata-mata atas tiga faktor.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong sudah berkali-kali menitahkan bahawa baginda tidak akan melayani sebarang persembahan SD untuk menukar Kerajaan.

Advertisements

Pda masa yang sama, kata beliau, kedudukan pembangkang yang hanya tinggal 69 orang memerlukan 43 orang lagi untuk mencukupkan jumlah majoriti mudah di Parlimen iaitu 112 kerusi.

“GPS (Gabungan Parti Sarawak) terutamanya ahli-ahli Parlimen bukan Islam sudah menyatakan dengan tegas tidak akan menyokong PN kerana dalamnya ada parti ekstrim Pas.

“Ahli-Ahli Parlimen BN pula terikat dengan kontrak RM100 juta bon yang harus dibayar jika beralih sokongan,” katanya.

Beliau berkata, peluang terakhir untuk menukar kerajaan hanyalah melalui Usul Tidak Percaya di Parlimen.

“Kalaupun ada ahli-ahli Parlimen yang menandatangani SD, bermakna mereka sendiri takut untuk menzahirkan sokongan terbuka.

“Mungkin sebab itulah pembangkang tidak berani mencadangkan usul tidak percaya walaupun berkali-kali YAB PM (Anwar) mencabar mereka melakukannya,” katanya.

Justeru, beliau berharap polemik SD tersebut dinoktahkam kerana ia tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat.

Sebaliknya, semua pihak dapat menunggu pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-16 diadakan hanya empat tahun lagi bagi memenuhi nafsu pembangkang untuk menjadi kerajaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan