27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Polis siasat Abdul Hadi keluar kenyataan berbaur perkauman

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung hantaran di Facebook yang disyaki berbaur perkauman.

Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSP) Bukit Aman, Datuk S. Suresh Kumar berkata, kenyataan tersebut dilakukan pada 8 Julai lalu.

Katanya, isu tersebut turut diulas dalam artikel yang disiarkan portal sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada tarikh yang sama dengan hantaran dilakukan.

“Kenyataan itu dipercayai menyentuh isu 3R (agama, raja dan bangsa) dengan mendakwa tindakan DAP mahu mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjungjung liberalisme dan kebebasan yang diamalkan negara barat.

Advertisements

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Sekysen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Suresh Kumar berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang mampu memburukkan lagi keadaan.

“Siasatan masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak mengugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan