26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Rakyat kata hujan sahaja yang turun – Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAKYAT kata hujan sahaja yang turun, semua barang (harga) naik,”kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, ketika beliau meninjau beberapa gerai di sekitar Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini, banyak rungutan diterima dalam kalangan peniaga.

“Peniaga merungut mengenai kenaikan harga barang.

“Saya kata (harga barang) mahal, mereka kata semuanya naik, saya tanya apa yang turun, dia kata hujan yang turun.

“Saya tanya harga ayam berapa? RM10 lebih sekilo, zaman saya jadi menteri dulu RM6.40.

“Dia cakap itu zaman Tan Sri dulu, memang naik (tapi) naik (sekarang) RM10 sekilo,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan, malam tadi.

Advertisements

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau sudah pun mula menternak ayam penelur di kebunnya sendiri.

Beliau berkata, ia dilakukan bagi kegunaan sendiri sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah bekalan telur di pasaran.

Menurut beliau, berdasarkan kajian empirikal yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik ke atas 1,200 responden mendapati, masalah yang paling ketara didepani rakyat adalah kos sara hidup.

“Jawapan yang paling jelas adalah masalah pertama, adalah masalah kos sara hidup, masalah harga makanan yang tidak berhenti-henti, masalah bekalan makanan tak cukup, sampai telur pun tak cukup.

“Saya sudah mula pelihara ayam telur di kebun saya, satu hari 40 biji telur. Saya nak tunjuk boleh selesai masalah kalau kita usahakan sendiri.

“Namun, bukan semua berkemampuan atau mempunyai tanah yang boleh menternak 30 hingga 40 ekor ayam pada satu-satu masa,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan