Wednesday, July 22, 2026

Pelajar positif COVID-19, SMK DUHA tutup hingga 29 Okt

Mesti Baca

REMBAU – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Haji Adnan (SMK DUHA) di Kota di sini disahkan positif COVID-19.

Menurut sumber, sekolah itu akan ditutup mulai 23 hingga 29 Oktober ini dan semua pelajar asrama diminta pulang ke rumah masing-masing kecuali mereka yang berada di zon merah atau rentas negeri.

Pihak sekolah turut mengarahkan ibu bapa menjemput anak-anak mereka di asrama pada petang ini sebelum pukul 6 petang.

Sumber tersebut memberitahu, semua guru dan kakitangan sekolah kecuali pekerja pembersihan dan keselamatan diminta berada di rumah masing-masing dan menjalani kuarantin kendiri sehingga tarikh tersebut.

Selain itu, pelajar-pelajar yang dikenal pasti sebagai kontak rapat akan menjalani ujian swab oleh Kementerian Kesihatan petang ini.

Bagi pelajar-pelajar lain serta guru-guru dan kakitangan termasuk pekerja pembersihan dan kawalan keselamatan, mereka dikehendaki hadir untuk membuat ujian swab pada 24 Oktober ini, mulai pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Kesemua mereka diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 pada tarikh tersebut dan pengecualian hanya diberikan kepada pelajar dan guru yang telah melakukannya hari ini.

Sebuah sekolah rendah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Kota turut ditutup esok sebagai langkah berjaga-jaga. – EDISI 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan