31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Isu Khairuddin: Mencari kebenaran atau membunuh karakter?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9


Oleh NASRUDIN HASSAN

Nasrudin Hassan

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur saya kepada Allah SWT apabila membaca kenyataan media oleh Jabatan Peguam Negara, yang mengesahkan hasil siasatan polis bahawa tiada kes pelanggaran perintah kuarantin ke atas sahabat saya YB Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali at Takiri.

Beberapa bulan lalu, sahabat saya YB Dr. Khairuddin telah menjadi mangsa belasahan cybertrooper dan musuh politik beliau dengan fitnah kononnya telah “melanggar perintah kuarantin”. Terdapat juga pihak yang mendakwa beliau ingkar arahan dan memotong gelang pink.

Saya pada waktu itu segera mencari tahu mengenai betul duduk isu ini lantas menghubungi beliau. “Ana telah jalani swab test dan keputusannya negatif, ana tidak pun diarahkan untuk menjalani kuarantin, apatah lagi dipakaikan gelang pink.”

Begitulah jawapan yang saya terima daripada beliau dan saya mempercayainya, justeru beliau adalah sahabat karib saya dan saya sangat mengenali beliau. Malah tiada motif untuk beliau membohongi saya sebagai sahabatnya.

Namun, memandangkan naratif yang dicipta oleh musuh politiknya sangat berjaya dan disambut oleh cybertrooper mereka dengan begitu agresif sehingga mampu mempengaruhi minda warga net, maka saya mengambil sikap tidak mempertahankan beliau pada waktu itu dan turut menasihatinya agar tenang dan tidak melatah dengan provokasi serangan cybertrooper.

Saya mengamati suasana dan perkembangan semasa. Kenapa beliau menjadi subjek yang begitu diminati oleh cybertrooper dewasa kini. Sedang beliau bukan perasuah jauh sekali penjenayah. Tetapi beliau diserang siang dan malam tanpa henti, layaknya beliau seorang penjenayah negara yang sangat merbahaya.

Jelas, itulah “pembunuhan karakter” yang cuba dilakukan oleh musuh politik beliau. Sepertinya mereka sangat penasaran melihat prestasi tidak terduga oleh YB Dato’ Dr. Khairuddin di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu.

Kerana sebelumnya, beliau ditertawa dan dipandang sinis, apakah sang lebai berpendidikan agama dari Timur Tengah ini mampu mengendalikan kementerian ini.

Advertisements

Sekian lama menanti, isu ini menjadi turning point kepada musuh politiknya untuk merosotkan nilai kepimpinan dan kepercayaan rakyat kepada integriti beliau.

Saya menegaskan demikian kerana sikap mereka sangat luar biasa mensasarkan YB Dr. Khairuddin. Sedang di sana terdapat isu negara yang lebih besar untuk ditangani berkait dengan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi negara yang menjadi tanggungjawab bersama.

Lebih ketara sikap mereka, apabila jelas double standard dalam menangani isu pelanggaran kuarantin oleh YAB Menteri Besar Selangor. Mereka dan cybertrooper yang diternak oleh mereka membungkam sejuta bahasa. Seperti mereka diserang stroke lidah, kelu dan bisu.

Sebaliknya mereka terus menyerang YB Dr. Khairuddin sekalipun kes ini telah menjadi kes polis. Sementara kes masih dalam siasatan pun, serangan mereka tidak pernah berhenti.

Sehingga timbul dibenak rakyat, sebenarnya apa yang mereka mahu ? Kebenaran atau membunuh karakter ? Jika kebenaran yang mereka cari, kenapa tidak sahaja menunggu keputusan hasil siasatan polis ?

Alhamdulillah, Jabatan Peguam Negara telah mengesahkan hasil siasatan polis bahawa tiada kes pelanggaran perintah kuarantin ke atas YB Dr. Khairuddin.

Sebagaimana penegasan beliau kepada saya di hari pertama isu ini dibangkitkan, “bagaimanalah dia dikatakan melanggar perintah kuarantin sedang tiada pun perintah ke atasnya untuk menjalani kuarantin ?”

Pun begitu apabila serangan bertali arus, sedikit sebanyak menyentuh perasaannya. Terutama apabila sebahagian membandingkan betapa rakyat didenda RM1000 sedang menteri bebas (meskipun beliau yakin tidak bersalah), lantas beliau mengambil sikap memohon maaf atas “kekhilafan SOP” dan berikutnya menyumbang 3 bulan gajinya ke tabung bencana covid 19’.

Semoga Allah swt mengurniakan kesabaran dan kemuliaan buatmu sahabatku. Teruskan khidmat kepada rakyat dan Istiqamah berjuang menegakkan Islam.

  • Penulis adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Ahli Majlis Syura Ulamak Pas.
  • Artikel ini dipetik daripada Facebook beliau bertajuk ‘Menteri Yang Aktif, Pemimpin Yang Dedikasi dan Sahabat Yang Baik’ dan ia tidak mencerminkan pendirian edisi9.
Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan