24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pesakit Covid-19 maut terjun hospital

Mesti Baca

KOTA KINABALU – Seorang wanita yang sepatutnya keluar dari Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) selepas bebas daripada jangkitan Covid-19 ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan tersebut, malam tadi.

Wanita warga tempatan berusia 63 tahun itu dikatakan terjun dari tingkap di tingkat lapan bangunan hospital berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu.

Pihak hospital yang menyedari kejadian itu kemudian memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 9.30 malam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Oktober lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Advertisements

Katanya, selepas mendapatkan rawatan lanjut, mangsa disahkan bebas penyakit berkenaan dan dijadualkan untuk dikeluarkan dari HQE I, hari ini.

“Mayat mangsa kini ditempatkan di Jabatan Forensik HQE I, sementara menunggu siasatan lanjut punca mangsa membunuh diri.

“Pihak polis sedang menjalankan siasat bagi mengenalpasti punca mangsa terjun termasuk mencari saksi ditempat kejadian,” katanya dipetik Harian Metro,  hari ini.

Habibi menambah, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa diminta tampil membantu siasatan.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan