27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

SKMM nasihati orang ramai tidak muat turun ‘Pink Whatsapp’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai dinasihatkan agar berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi hasad, Pink WhatsApp.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, aplikasi itu kononnya menawarkan ciri keselamatan serta privasi yang lebih baik, antaramuka boleh diubah suai, serta keupayaan menghantar fail lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp yang biasa digunakan. 

Bagaimanapun, SKMM berkata, selepas pemasangan, aplikasi berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar penguna seperti gambar, SMS dan senarai kenalan, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.

Ujarnya, pengguna akan menerima mesej dan pautan seolah-olah datang daripada WhatsApp yang mengajak pengguna untuk mencuba aplikasi baharu tersebut.

“SKMM menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turn dan memasang aplikasi Pink WhatsApp atau segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya telah dipasang dalam telefon pintar. 

Advertisements

“Selain itu, SKMM mengesyorkan pengguna hanya memuat turun aplikasi mudah ali daripada gedung aplikasi rasmi seperti Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

SKKM dalam pada itu mengingatkan pengguna supaya tidak menyebar luaskan sebarang pautan yang mencurigakan. 

“Kami ingin menekankan kepentingan berhati-hati ketika menggunakan aplikasi mudah alih, mengambil langkah-langkah pencegahan bagi melindungi maklumat peribadi, serta mengelak daripada memuat turun aplikasi hasad. 

“Pengguna disarankan kekal berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan Pink WhatsApp kepada portal Aduan SKMM di pautan https://aduan.mcmc.gov.my/#/public/main atau talian hotline Aduan di 1800-188-030,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan