Sunday, July 19, 2026

‘Pasport terbang’: Tindakan tatatertib kepada pegawai Imigresen

Kerana tidak jujur dan amanah ketika menjalankan tugas di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Jun tahun lalu.

Mesti Baca

SURUHANJAYA Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesyorkan seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak jujur dan amanah ketika menjalankan tugas di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Jun tahun lalu.

Menurut EAIC, berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati pegawai terlibat telah memasukkan butiran maklumat seorang penumpang masuk ke negara ini serta memasukkan maklumat pasport penumpang tersebut di dalam sistem MyIMMs tanpa kehadiran penumpang berkenaan di kaunter semasa urusan dijalankan.

“Tindakan pegawai tersebut tidak mematuhi garis panduan dalam Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Imigresen Malaysia, Prosedur/ Garis Panduan Jabatan Imigresen Malaysia PK(0)IM.H.03-02 yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Imigresen dan merupakan suatu salah laku di bawah perenggan 24(1)(f) Akta 700.

“EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JIM dengan syor agar tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai yang terbabit atas kesalahan tatatertib di bawah perenggan 4(2)(f) kerana berkelakuan tidak jujur atau tidak amanah dan perenggan 4(2)(g) iaitu tidak bertanggungjawab sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993],” kata EAIC dalam kenyataan hari ini.

Sebelum itu, EAIC memaklumkan siasatan dijalankan selaras dengan subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]. — Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan