Tuesday, July 21, 2026

Lawan DAP: Dr Akmal tidak perlu letak jawatan – Puad

“Melawan DAP tidak perlu full time (sepenuh masa) hingga terpaksa letak jawatan Exco Melaka. Melaka adalah BN led government (kerajaan pimpinan BN)"

Mesti Baca

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Akmal Saleh tidak perlu meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka hanya semata-mata untuk melawan DAP.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad  Zarkashi berkata, ini kerana Barisan Nasional (BN) yang menguasai pentadbiran negeri Melaka dan tindakan Ketua Pemuda UMNO itu tidak memberi sebarang kesan.

“Melawan DAP tidak perlu full time (sepenuh masa) hingga terpaksa letak jawatan Exco Melaka. Melaka adalah BN led government (kerajaan pimpinan BN)

“Meletak jawatan Exco dalam BN led government tidak sama dengan keluar dari PH  led government (kerajaan pimpinan PH),” katanya hari ini.

Beliau mengulas pengumuman peletakan jawatan Dr Akmal sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka bermula Isnin ini yang dibua semasa menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Pemuda UMNO Malaysia 2025 di WTC Kuala Lumpur hari ini.

Bahkan, Mohd Puad berkata, Dr Akmal tidak perlu meletakkan jawatan termasuk sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

“Yang penting lawan tetap lawan walaupun berada dalam kerajaan yang sama. Tetapi Akmal mungkin ada rasional sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Dr Akmal mendapat kecaman pelbagai pihak susulan tindakan beliau mendesak pucuk pimpinan partinya menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

Menerusi Konvensyen Khas Pemuda UMNO, beliau turut mencadangkan agar Muafakat Nasional dihidupkan semula. 

Ekoran itu, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak Dr Akmal untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan Melaka. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan