Monday, July 20, 2026

Dr Akmal nyatakan kedudukannya dalam PAU minggu depan

Keputusan yang akan dibuat tersebut demi kepentingan rakyat dan bukan kerana mengejar jawatan atau pangkat.

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh akan menyatakan kedudukan beliau dalam parti dan kerajaan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang akan berlangsung minggu depan.

ADUN Merlimau dan juga Exco Kerajaan Negeri Melaka itu berkata, keputusan yang akan dibuat tersebut demi kepentingan rakyat dan bukan kerana mengejar jawatan atau pangkat.

“Demi penyatuan agama bangsa kita. Jangan pernah takut untuk bercakap mengenai perkara yang betul.

“Bukan kerana jawatan dan pangkat kita menjadi pemimpin tetapi kerana rakyat di bawah. 

“Insya-Allah, kedudukan saya di dalam parti dan kerajaan juga akan saya umumkan di dalam PAU minggu hadapan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini Dr Akmal ditekan habis-habisan agar berundur terutama oleh Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) susulan tindakannya menyeru UMNO agar menarik diri daripada Kerajaan Madani.

Dalam Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang diadakan minggu lalu, beliau turut menggesa Muafakat Nasional (MN) antara parti-parti Melayu-Islam kembali dihidupkan.

Bagaimanapun cadangan beliau mendapat reaksi negatif daripada pucuk pimpinan partinya.

Dr Akmal berkata, beliau akan terus menyuarakan kegelisahan orang awam berhubung situasi politik semasa dalam PAU nanti, setelah mendengar suara orang awam dalam konvensyen khas tersebut.

Katanya, PAU akan membuka pula peluang baginya membawa suara akar umbi parti melalui cawangan dan bahagian,” katanya.

PAU 2025 akan berlangsung pada 14 hingga 17 Januari ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, dimulakan dengan  persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan