Tuesday, July 21, 2026

Pemuda UMNO anjur konvensyen tentukan hala tuju parti

Hasil konvensyen tersebut akan diserahkan kepada Presiden parti dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk tindakan selanjutnya - Dr Akmal Saleh

Mesti Baca

PEMUDA UMNO Malaysia akan menganjurkan konvensyen khas pada 3 Januari ini bagi membincangkan secara terbuka dan menentukan hala tuju parti.

Ketuanya, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, konvensyen yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu terbuka kepada para pemimpin, ahli-ahli UMNO serta mereka yang sayangkan parti keramat itu.

Beliau berkata, dalam konvensyen tersebut semua pihak boleh menyuarakan pandangan berhubung hala tuju UMNO dalam kerajaan hari ini.

“Sudah tiba masanya kita yang sayangkan UMNO ini keluar dan suarakan isi hati kita tentang hala tuju UMNO dalam kerajaan ini!!

“Saya nak jemput kepada semua yang masih sayang pada perjuangan UMNO ini dan berani untuk suarakan hasrat isi hati kita hadir ke Konvensyen Khas Pemuda UMNO pada 3 Januari 2026 di  Dewan Tun Dr Ismail, WTCKL.

“Parti ini milik kita semua! Kita bukan sembang sahaja, tapi kita buat apa kita cakap!

“Sama ada kekal atau keluar,kita yang menentukannya!,” tegas beliau menerusi media sosialnya hari ini.

Konvensyen ini diadakan susulan rasa tidak puas hati sebahagian pemimpin dan akar umbi UMNO dengan sikap parti-parti dalam kerajaan perpaduan terutama DAP terhadap mereka.

Ia susulan kenyataan beberapa pemimpin DAP yang meraikan keputusan mahkamah yang menolak Titah Adendum untuk membolehkan Datuk Seri Najib Razak menghabiskan hukuman beliau sebagai tahanab rumah.

Dr Akmal berkata, hasil konvensyen tersebut akan diserahkan kepada Presiden parti dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Dr Akmal secara terbuka mengajak Pas membentuk semula Muafakat Nasional (MN) susulan krisis dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perlis.

Pelawaan beliau itu disambut positif oleh kalangan pemimpin muda Pas dengan syarat UMNO terlebih dahulu keluar dari kerajaan perpaduan. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan