Tuesday, July 21, 2026

MCMC nafi Malaysia wajib mansuh syarat lesen penyiaran

Mesti Baca

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan bahawa Malaysia diwajibkan memansuhkan syarat lesen penyiaran yang menetapkan 80 peratus kandungan tempatan susulan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC menegaskan bahawa tuduhan yang dibuat oleh seorang bekas Ketua Pengarang itu adalah tidak benar dan mengelirukan, selain tidak menggambarkan kerangka pelesenan penyiaran yang sedang berkuat kuasa di negara ini.

Menurut MCMC, di bawah lesen Content Applications Service Provider Individual (CASP) atau lesen penyiaran individu yang dikeluarkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), tiada syarat kuota kandungan tempatan 80 peratus dikenakan terhadap mana-mana penyiar swasta di Malaysia.

“Lesen semasa memberi kebebasan kepada penyiar untuk menentukan kandungan berdasarkan garis panduan dan piawaian kandungan yang ditetapkan oleh MCMC,” jelas kenyataan itu hari ini.

MCMC turut menegaskan bahawa lesen penyiaran di bawah AKM 1998 tidak mengandungi sebarang larangan terhadap penyiaran kandungan antarabangsa pada waktu perdana.

Manakala penjadualan program pula adalah bergantung kepada keputusan penyiar mengikut permintaan pasaran.

Dalam pada itu, MCMC memaklumkan bahawa kerajaan kini sedang membangunkan Dasar Penyiaran Negara (DPN) bagi memastikan ekosistem penyiaran negara kekal mampan.

Selain itu DPN juga dapat memperkukuh pembangunan kandungan tempatan yang berkualiti, serta mewujudkan tadbir urus yang telus dan saksama melibatkan penyiar awam, swasta dan platform antarabangsa. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan