Tuesday, July 21, 2026

Tiga kelompok baharu terima BUDI95, babitkan 31,000 rakyat

MOF kini sedang memuktamadkan data tambahan melibatkan pengguna bot yang tidak mempunyai lesen memandu di negeri-negeri lain di seluruh negara, khususnya Sabah dan Sarawak.

Mesti Baca

LEBIH 31,000 rakyat lagi kini menerima manfaat sistem subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95), selepas Kerajaan meluaskan kelayakan kepada tiga kelompok baharu.

Mereka terdiri daripada 17,900 nelayan berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), lebih 4,300 pemilik bot persendirian berdaftar dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah serta lebij 9,700 pemegang lesen memandu baharu yang direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, pihaknya telah mengaktifkan kelayakan kepada individu-individu terbabit, menjadikan mereka sebahagian daripada lebih 16 juta rakyat yang kini memanfaatkan harga subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.

“MOF kini sedang memuktamadkan data tambahan melibatkan pengguna bot yang tidak mempunyai lesen memandu di negeri-negeri lain di seluruh negara, khususnya Sabah dan Sarawak,” kata kenyataan MOF hari ini.

Pada masa yang sama, MOF berkata, perbincangan antara Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan syarikat pengendali e-panggilan (EHO) sedang diselaraskan.

Katanya, ini bagi pelaksanaan penambahan siling kelayakan melebihi 300 liter sebulan kepada pemandu e-panggilan sepenuh masa, bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka tidak terjejas.

“Kerajaan Madani kekal komited memastikan program subsidi bersasar ini berjalan dengan lancar, telus dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Katanya, MOF bersama agensi berkaitan akan terus memantau pelaksanaan BUDI95 dan melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan