Sunday, July 19, 2026

Mereka dijangka dibawa ke Istanbul dalam tempoh 48 jam – SNCC

Ia hasil negosiasi diplomasi tahap maksimum Anwar dan Erdoğan untuk membawa pulang secara bersama delegasi Malaysia dan Turkiye.

Mesti Baca

DELEGASI Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia yang kini ditahan pihak berkuasa Israel dijangka dibebaskan dan diterbangkan ke Istanbul, Turkiye dalam tempoh 48 jam lagi.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, dengan usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan mereka akan diterbangkan dari Ashdod, Israel ke Istanbul.

“Dengan usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri selaku Penaung Sumud Nusantara, dan Presiden Turkiye, SNCC menjangkakan fasa untuk menerbangkan mereka dari Ashdod akan berlaku dalam tempoh 48 jam lagi,” katanya dalam kenyataan media malam ini.

Seramai 23 delegasi Malaysia bersama lebih 300 lagi delegasi dari pelbagau negara ditahan di Ashdod selepas kapal-kapal yang membawa mereka dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean, semalam.

Sani Araby berkata, wakil perunding bagi pihak Malaysia, ADALAH telag berhubung dengan kesemua peserta delegasi dan dimaklumkan mereka dalam keadaan selamat.

Beliau berkata, keluarga delegasi juga telah dijemput dan dibawa hadir melawat ke SNCC untuk menghadiri sesi penerangan, taklimat perkembangan terkini berkenaan delegasi.

Dalam kenyataan berasingan petang tadi, Sani Araby berkata, Turkiye bersetuju untuk membawa bersama delegasi Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Israel ke Istanbul.

“SNCC melaporkan bahawa usaha negosiasi diplomatik pada tahap maksima sedang digerakkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kepimpinan Turkiye, Qatar, Amerika Syarikat serta beberapa negara rakan strategik lain bagi memastikan pembebasan segera delegasi Malaysia yang ditahan.

“Hasil perbincangan di antara Perdana Menteri dan Presiden Turkiye, telah dipersetujui untuk membawa bersama delegasi Malaysia dan Turkiye yang kini ditahan di Israel ke Istanbul, sebelum seterusnya dibawa pulang ke Malaysia,” katanya.

Sani Araby juga, merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas keprihatian Seri Paduka Baginda kepad delegasi GSF. — Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan