Thursday, June 4, 2026

MARA kembali taja pelajar perubatan, pergigian ke Al-Azhar

Kali terakhir MARA menghantar pelajarnya mengikuti bidang perubatan di universiti tersohor itu pada 2013 manakala bagi bidang pergigian pula pada 2019.

Mesti Baca

SELEPAS 12 tahun, akhirnya Majlis Amanah Rakyat (MARA) kembali menaja para pelajar cemerlang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Bahkan MARA juga menaja para pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian ke universiti tersohor dunia itu selepas kali terakhir melakukannya pada 2019.

Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, penghantaran semula pelajar perubatan dan pergigian ke Universiti Al-Azhar adalah selari dengan dasar kerajaan untuk memperluaskan peluang pendidikan dalam bidang kritikal dengan kos yang jauh lebih rendah daripada universiti tempatan. 

“Tahun ini turut mencatat sejarah baharu apabila MARA kembali menghantar pelajar perubatan ke Universiti Al-Azhar, Mesir setelah kali terakhir pada tahun 2013 manakala pelajar dalam bidang pergigian kali terakhir dihantar pada tahun 2019. 

“Lebih membanggakan, hasil rundingan yang dijalankan awal tahun ini dengan Presiden Universiti Al-Azhar, MARA berjaya memperoleh pengurangan yuran pengajian dimana hanya RM90,000 bagi setiap pelajar dalam bidang perubatan untuk tempoh lima tahun pengajian. 

“Ini adalah satu penjimatan besar demi kelangsungan pendidikan anak bangsa,” katanya hari ini.

Sebelum itu beliau mengadakan pertemuan dengan 42 pelajar yang akan melanjutkan pengajian mereka ke Mesir dan 91 pelajar ke Korea Selatan dalam Program Prapelepaean Pelajar Tajaan MARA bagi sesi 2025 di Kuala Lumpur hari ini.

Para pelajar terbabit akan melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda dalam pelbagai bidang strategik seperti perubatan, pergigian, automasi dan teknologi maklumat. 

Asyraf Wajdi berkata, dalam pertemuan itu beliau turut bertukar soalan dan pandangan bersama para pelajar terbabit.

“Melihat kesungguhan, semangat serta cita-cita besar mereka, saya yakin mereka akan menjadi duta kecil negara, menimba ilmu dengan sebaiknya.

“ Insya-Allah (mereka) akan kembali sebagai tenaga pakar yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan