Sunday, July 19, 2026

Imigresen cuba sistem NIISe di KSAB, BSI mulai 22 September

Sepanjang tempoh percubaan NIISe ini, sistem Kod QR dan aplikasi MyBorderPass yang sedia ada masih diteruskan untuk proses kemasukan dan perlepasan imigresen.

Mesti Baca

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) secara percubaan bermula 22 September ini sehingga 28 Februari tahun depan.

Menurut KDN, percubaan sistem itu akan dilaksanakan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor.

Kementerian itu berkata, percubaan tersebut akan diteruskan secara berperingkat di lima lapangan terbang antarabangsa utama negara iaitu KLIA Terminal 1 dan Terminal 2, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah dalam tempoh tersebut.

“Sepanjang tempoh percubaan NIISe ini, sistem Kod QR dan aplikasi MyBorderPass yang sedia ada masih diteruskan untuk proses kemasukan dan perlepasan imigresen.

“Walau bagaimanapun, orang ramai termasuk pelawat-pelawat asing digalakkan untuk memuat turun aplikasi MyNIISe bagi tujuan proses kemasukan dan perlepasan imigresen di laluan pintu masuk yang telah diaktifkan penggunaannya di sepanjang tempoh percubaan ini,” kata kenyataan KDN hari ini.

Aplikasi MyNIISe ini boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

Dalam pada itu, KDN mengingatkan bahawa dokumen perjalanan atau pasport yang sah masih diperlukan untuk proses kemasukan dan perlepasan imigresen mengikut ketetapan Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, sistem NIISe merupakan salah satu inisiatif utama di bawah agenda reformasi Kerajaan MADANI bawah KDN dan pelaksanaannya dipercepat kepada September 2025 daripada jadual asal iaitu Mac 2026. 

“Pada akhir tempoh percubaan, sistem NIISe ini akan menggantikan sistem kod QR sedia ada dan ini ialah inisiatif reformasi Kerajaan Madani bawah KDN bagi meningkatkan dan menaik taraf kecekapan sistem semakan keselamatan automatik di pintu masuk negara,” katanya.

Kata kenyataan itu, KDN kekal komited untuk memperkukuh kawalan sempadan negara demi keselamatan, kelancaran perjalanan dan kemudahan rakyat, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan