Tuesday, July 21, 2026

RM1.5 bilion potensi inovasi mampan dijana dari Ekspo Osaka

Jumlah itu diperoleh melalui 68 perjanjian kerjasama dengan organisasi dari pelbagai negara dalam sektor tenaga, air dan teknologi hijau.

Mesti Baca

MALAYSIA berjaya menjana lebih RM 1.5 bilion dalam potensi perdagangan dan pelaburan inovasi mampan pada Ekspo Osaka 2025, Jepun yang diketuai bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Menurut NRES, jumlah itu diperoleh melalui 68 perjanjian kerjasama dengan organisasi dari pelbagai negara dalam sektor tenaga, air dan teknologi hijau.

“Ini termasuk RM 38.74 juta melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum Kerjasama dan Surat Niat. 

“Angka ini dijangka akan terus meningkat memandangkan beberapa syarikat masih belum mendedahkan potensi kerjasama mereka pada peringkat ini,” kata NRES dalam kenyataan hari ini.

Kata NRES, penyertaan Malaysia dalam Minggu ke-22 menyerlahkan komitmen negara terhadap pemuliharaan alam sekitar, pemeliharaan biodiversiti, penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan pengurusan air.

Katanya, ia turut memperkukuh aspirasi Malaysia MADANI dengan mengetengahkan pencapaian negara dalam pembangunan mampan menerusi pameran di Sudut Tematik serta siri ceramah mini oleh syarikat dan wakil kementerian.

“Sepanjang minggu tersebut, Pavilion Malaysia menonjolkan visi berani negara ke arah masa depan rendah karbon dan berdaya tahan iklim, memperlihatkan kepimpinan dalam peralihan tenaga, transformasi air dan teknologi hijau.

“Turut menampilkan forum perniagaan berprofil tinggi, pameran teknologi dan sesi perkongsian ilmu yang mengukuhkan peranan Malaysia sebagai rakan global dalam memacu kelestarian dan inovasi,” katanya.

Penyertaan Malaysia di Ekspo 2025 Osaka telah mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan antarabangsa, pemimpin industri dan masyarakat sivil, menjadikan Pavilion Malaysia sebagai pusat dialog, pelaburan dan kerjasama.

Ia mencerminkan peranan aktif Malaysia dalam membentuk masa depan global yang mampan.

Program tersebut melabuhkan tirainya dengan majlis penutup dan tayangan filem bertemakan alam sekitar bertajuk Footprints in the Forest, yang menyeru kepada perlindungan hutan, hidupan liar dan ekosistem kita.

Ini  sekali gus menjadi peringatan tepat pada masanya serta tindakan susulan untuk menutup rangkaian penglibatan sepanjang minggu. — Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan