Monday, July 20, 2026

Ahmad Zahid lancar Rakan NADMA@Sahabat YPM di Sabah

Inilah bukti bahawa jaringan YPM tidak hanya berperanan dalam pendidikan, malah turut menjadi benteng sokongan masyarakat ketika berlakunya bencana alam.

Mesti Baca

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan Kursus Train of Trainers (ToT) Sahabat dan Sekretariat Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bagi Negeri Sabah dan Parlimen Labuan serta melancarkan inisiatif baharu Rakan NADMA@Sahabat YPM di Kota Kinabalu.

Beliau berkata, penyertaan lebih 500 sukarelawan YPM membuktikan program berkenaan bukan sekadar latihan, malah satu gerakan besar untuk melahirkan pembimbing akar umbi yang mampu mendekati anak-anak desa di seluruh Sabah.

“Mereka akan menjadi contoh teladan serta agen perubahan yang memberi inspirasi berterusan kepada generasi baharu,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pihaknya turut menyokong kerjasama strategik antara YPM dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam memperkasa sukarelawan menghadapi kesiapsiagaan bencana.

“Inilah bukti bahawa jaringan YPM tidak hanya berperanan dalam pendidikan, malah turut menjadi benteng sokongan masyarakat ketika berlakunya bencana alam,” ujarnya.

Menurut beliau, inisiatif itu diyakini mampu melahirkan modal insan yang inklusif, berdaya tahan dan bersedia menjadi penggerak aspirasi negara ke arah Malaysia maju berteraskan ilmu serta kepakaran teknikal, khususnya di Sabah.

Sementara itu Astraf Wajdi berkata, inisiatif sinergi itu menggabungkan kekuatan Rakan NADMA dalam kesiapsiagaan bencana banjir dengan peranan Sahabat YPM sebagai barisan hadapan bersama Skuad YPM bagi membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Sabah.

Beliau berkata, mereka bukan sekadar sukarelawan pendidikan tetapi juga suri teladan anak muda luar bandar yang bersedia tampil sebagai ejen perubahan sosial, membimbing, memberi inspirasi dan menghubungkan para pelajar dengan pelbagai peluang dalam ekosistem MARA sama ada melalui laluan TVET ataupun pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

“Dengan pendekatan ini, agenda Merakyatkan MARA terus diperkasa kepada anak-anak luar bandar di Sabah.

“Ini jelas seperti mana mandat MARA yang perlu memastikan tiada seorang pun pelajar tercicir dalam mengejar ilmu, kerana pendidikan adalah jalan terbaik untuk merubah masa depan keluarga dan masyarakat,”katanya dalam hantara media sosial berasingan. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan