Monday, July 20, 2026

Pemimpin PH, BN, GRS bertemu bincang kerjasama PRN Sabah

Bagi Anwar, pertemuan berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat kebersamaan.

Mesti Baca

TIGA pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertemu di Putrajaya hari ini bagi membincangkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 tidak lama lagi.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat kebersamaan itu turut dihadiri Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut Anwar, pertemuan itu mencerminkan kematangan politik serta iltizam untuk memperkukuh kerjasama demi kestabilan negara, khususnya dalam konteks hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah.

“Saya percaya bahawa kestabilan politik adalah asas penting dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat. 

“Justeru, kerjasama erat antara pemimpin negeri dan persekutuan amat penting dalam memastikan aspirasi rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh dan inklusif,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau berharap semangat muafakat tersebut akan terus menjadi asas kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh, demi masa depan Malaysia yang progresif, adil dan sejahtera untuk semua.

Sebelum ini BN dan PH telah menyatakan kesepakatan untuk bekerjasama dalam PRN Sabah kali ini, manakala GRS pula akan turut bekerjasama dengan PH tanpa BN.

Ekoran kemelut tersebut timbul kemungkinan akan berlaku pertembungan antara sesama parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Bagi menyelesaikan kemelut antara BN dan GRS, Anwar sebelum ini berkata, beliau sedang berunding dengan parti-parti terlibat bagi mengelak pertembungan di antara tiga gabungan itu.

Beliau berkata, persefahaman ketika ini yang cuba dilaksanakan bagi memastikan ketiga-tiga gabungan dapat bekerjasama menghadapi pilihan raya berkenaan. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan