Thursday, June 4, 2026

Pahang jadi negeri kedua anjur GDPM Fest 2025 – MCMC

Mesti Baca

PAHANG menjadi negeri kedua selepas Johor menganjurkan Geran Digital PMKS Madani (GDPM) Fest 2025 yang berlangsung di Kuantan, hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, penganjuran GDPM Fest itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan PMKS, khususnya dalam sektor kesihatan tidak ketinggalan daripada arus kemajuan teknologi.

MCMC berkata, selain itu, program juga bermatlamat memperkasa penerapan penyelesaian teknologi masa hadapan dalam kalangan PMKS selain membentuk ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih cekap dan inklusif bagi mempersiapkan mereka dalam menghadapi cabaran mendatang.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Exco Kerja Raya,
Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Ir. Razali Kassim.

Hadir sama ialah para pegawai kanan MCMC dan rakan-rakan strategik seperti Kementerian Kewangan, Bank Simpanan Nasional, Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Farmasi Malaysia, penyedia perkhidmatan serta rakan-rakan penyedia teknologi kesihatan masa hadapan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan termasuk demonstrasi penyelesaian teknologi masa hadapan serta sesi perkongsian bantuan transformasi penjagaan kesihatan masa hadapan.

Selain itu, pengalaman realiti maya (VR) dan kepentingan penggunaan teknologi dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat turut diadakan.

“GDPM Fest 2025 membawa inisiatif ini ke peringkat akar umbi melalui
pendekatan setempat yang lebih dekat dengan komuniti perubatan dan
usahawan kesihatan tempatan,” kata MCMC.

Selain itu, MCMC turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kesedaran berkaitan Guideline on Online Healthcare Services (OHS), satu usaha penting dalam memastikan penggunaan platform kesihatan masa hadapan yang selamat, bertanggungjawab dan beretika.

“MCMC berharap program ini dapat menyokong usaha negara ke arah ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih pintar, cekap dan inklusif demi kesejahteraan komuniti pakar perubatan, PMKS dan rakyat secara keseluruhannya,”katanya.

Selepas Johor dan Pahang, Kota Kinabalu di Sabah akan menjadi destinasi
berikutnya kepada penganjuran GDPM Fest 2025 yang akan berlangsung pada 24 Ogos ini. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan