Monday, July 20, 2026

Pengumuman PM bukti kerajaan peka denyut nadi rakyat

Pada masa yang sama, Kerajaan MADANI akan terus berusaha menyeimbangi keperluan meningkatkan kedudukan kewangan negara dengan tanggungjawab...

Mesti Baca

PENGUMUMAN khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuktikan Kerajaan MADANI peka dengan denyut nadi rakyat.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, pengumuman langkah-langkah Kerajaan MADANI yang memberikan kelegaan kepada rakyat, serta memacu kestabilan ekonomi negara.

“Pengumuman ini membuktikan kepekaan Kerajaan MADANI terhadap denyut nadi rakyat, serta komitmen untuk meringankan beban melalui pelbagai bentuk bantuan. 

“Pada masa yang sama, Kerajaan MADANI akan terus berusaha menyeimbangi keperluan meningkatkan kedudukan kewangan negara dengan tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan rakyat,” katanya hari ini.

Fahmi berkata, langkah yang diambil itu ialah hasil pertimbangan teliti dan berlandaskan prinsip keadilan sosial serta kemampanan ekonomi.

Katanya, pendekatan yang diumumkan itu akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi, memberikan kelegaan kepada rakyat, di samping mengukuhkan daya tahan fiskal negara dalam menghadapi ketidaktentuan global.

“Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM), saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyemarakkan semangat cinta akan tanah air.

“Inilah masanya untuk kita bersatu hati dan jiwa, menghargai nikmat kemerdekaan, dan bersama-sama menyumbang kepada kemakmuran negara,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memperkukuh agenda pembangunan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Belanjawan Malaysia MADANI yang sedang digarap demi manfaat rakyat seluruhnya. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan