Tuesday, July 21, 2026

MCMC perkukuh literasi digital kalangan komuniti di Sabah

KIS memberi pekenan kepada penggunaan internet selamat, beretika dan bertanggungjawab khususnya dalam kalangan generasi muda.

Mesti Baca

SURUHANJAYA Komunikasi dab Multimedia Malaysia (MCMC) terus memperkukuhkan literasi digital dalam kalangan komuniti di Sabah menerusi Kempen Internet Selamat (KIS).

Kali ini KIS dilangsungkan di Sekolah Menengah Kebangsaan St Mary, Limbahau, Papar yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Menurut MCMC, KIS bukan hanya tertumpu kepada capaian internet semat-mata tetapi turut memberi pekenan kepada penggunaan internet selamat, beretika dan bertanggungjawab khususnya dalam kalangan generasi muda.

Antara pengisian KIS termasuk sesi kesedaran keselamatan dalam talian, aktiviti interaktif serta latihan kepada guru bagi memperkukuh nilai dan jati diri pelajar ketika berhadapan dengan cabaran menerusi alam siber.

“Kempen ini turut mencerminkan pendekatan “whole-of-nation” di bawah kerangka Malaysia MADANI, yang menyaksikan MCMC berganding bahu bersama pihak sekolah, guru, ibu bapa, dan pihak berkuasa tempatan untuk menyampaikan mesej keselamatan digital secara berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fahmi Fadzil bersama para pelajar SMK St Mary semasa mengadakan Kempen Internet Selamat di Papar, Sabah.

MCMC menyeru seluruh masyarakat, dari kampung hingga ke bandar, dari Semenanjung hingga ke Sabah, untuk menjadi sebahagian daripada gerakan ini.

“Internet bukan sekadar alat komunikasi, tetapi medan untuk membentuk nilai, menyebar ilmu dan menyatukan rakyat.

“Mari kita pastikan ruang digital ini kekal selamat, beretika dan membina untuk generasi hari ini dan akan datang,” katanya.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan