Wednesday, July 22, 2026

SPRM peroleh lucuthak wang RM4.05 juta terkait 1MDB

Hakim Muniandy membenarkan wang dalam akaun perbankan atas nama Derivale Limited, milik Azlin Alias selaku pemegang benifisiari dilucutkan kepada Kerajaan Malaysia menerusi SPRM.

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memperoleh lucuthak wang berjumlah AS$954,299.58 (RM4.05 juta) dalam akaun BSI Bank, Switzerland yang terkait dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM berkata, kebenaran lucuthak itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, K. Muniandy selepas Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan bahawa tiada bantahan serta tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Jenayah 2 Kuala Lumpur, hari ini.

“Menerusi penghakimannya, Hakim Muniandy membenarkan wang dalam akaun perbankan atas nama Derivale Limited, milik Azlin Alias selaku pemegang benifisiari dilucutkan kepada Kerajaan Malaysia menerusi SPRM,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

SPRM berkata, lucutgak bagi wang berkenaan dibuat di Bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Katanya, ini merupakan kejayaan pertama SPRM melucuthak aset luar negara tanpa melibatkan pendakwaan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan