Friday, June 5, 2026

Cubaan seludup 3,500 liter diesel ke Thailand gagal

Pemeriksaan lanjut menemukan sebuah tangki tambahan yang diubah suai secara sembunyi di bahagian bawah lori tersebut.

Mesti Baca

CUBAAN licik sebuah sindiket untuk menyeludup 3,500 liter diesel bersubsidi ke negara jiran melalui Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam tumpas apabila dikesan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), awal pagi Ahad lalu.

Dalam operasi kira-kira jam 8 pagi itu, pihak berkuasa menahan sebuah motolori jenis pole trailer yang dilihat mencurigakan.

Pemeriksaan lanjut menemukan sebuah tangki tambahan yang diubah suai secara sembunyi di bahagian bawah lori tersebut.

AKPS berkata,  rampasan dianggarkan bernilai RM90,000 termasuk minyak dan kenderaan yang disita.

“Kita dapati lori ini telah diubah suai bagi tujuan penyeludupan bahan api. Tangki diesel berkenaan diisi dengan kira-kira 3,500 liter diesel bersubsidi dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran,” katanya.

Kenderaan berkenaan kini disita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan mengubah suai kenderaan dan Seksyen 64(1) akta sama yang membolehkan penyitaan dilakukan.

AKPS berkata,  pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba memperdaya penguat kuasa semata-mata mahu mengaut keuntungan secara haram.

“Ini bukti komitmen AKPS bersama agensi penguat kuasa lain dalam memastikan sempadan negara bebas daripada sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya lagi.

Kes disiasat dan tindakan lanjut akan diambil sebaik siasatan selesai. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan