Wednesday, July 22, 2026

121 sekolah padat dapat bilik darjah tambahan baharu

Pembinaan bilik darjah tambahan yang membabitkan kos RM88 juta itu untuk aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). 

Mesti Baca

SEBANYAK 121 buah sekolah padat membabitkan tujuh negeri akan menerima bilik darjah tambahan baharu sebagai usaha menyediakan akses pendidikan yang kondusif untuk semua murid, guru dan warga sekolah.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, pembinaan bilik darjah tambahan yang membabitkan kos RM88 juta itu untuk aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). 

KPM berkata, kos terbabit termasuk penyediaan kemudahan infrastruktur serta kelengkapan seperti peralatan pengajaran dan perabot.

“KPM sentiasa berusaha menangani isu  sekolah padat di seluruh negara dan menyediakan akses pendidikan yang kondusif untuk semua murid, guru dan warga sekolah. 

“Ini termasuk menerusi pembinaan bilik darjah tambahan baharu menggunakan kaedah Industrial Building System (IBS) dan kemudahan-kemudahan lain sebagai penyelesaian jangka pendek dan efektif di sekolah yang berkepadatan tinggi,” kata KPM dalam kenyataan hari ini.

Kementerian berkata, pembinaan bilik darjah tambahan itu menggunakan kaedah IBS dan lukisan Pre Approved Plan (PAP) bagi memastikan tempoh pembinaan yang singkat dan siap pada tahun semasa.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 103 sekolah membabitkan negeri Selangor diikuti oleh Perak (lapan), Pahang (empat), Negeri Sembilan (tiga) dan masing-masing satu di Terengganu, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Projek akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

“Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Bagi Projek Naik Taraf Sekolah Berkepadatan Tinggi telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Khamis,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan