Thursday, June 4, 2026

Cuba bolos di KLIA: 25 warga asing dicekup, 4 pegawai disiasat

Siasatan dalaman sedang dijalankan terhadap empat pegawai terbabit, dan tindakan tegas termasuk tatatertib akan diambil jika didapati bersalah.

Mesti Baca

HELAH sekumpulan warga asing untuk bolos keluar negara tanpa dokumen sah gagal apabila mereka dicekup pihak berkuasa dalam beberapa siri serbuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Seramai 25 warga asing termasuk dari Vietnam, Kemboja, India dan Indonesia ditahan antara Januari hingga April lalu selepas dikesan cuba meninggalkan negara tanpa melalui prosedur imigresen yang sah.

Lebih mengejutkan, empat pegawai turut disiasat dipercayai bersubahat dalam kegiatan haram itu menerusi taktik counter setting iaitu melepaskan individu tertentu tanpa pemeriksaan sewajarnya di kaunter imigresen.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam satu kenyataan berkata, kesemua warga asing terbabit dikenal pasti telah tinggal lebih masa di Malaysia dan dipercayai memperoleh pengesahan masuk secara tidak sah.

“Kegiatan ini berjaya dikesan hasil pemantauan berterusan dan pemeriksaan berkala oleh anggota AKPS KLIA. Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau individu yang cuba menjejaskan keselamatan sempadan negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut AKPS, siasatan dalaman sedang dijalankan terhadap empat pegawai terbabit, dan tindakan tegas termasuk tatatertib akan diambil jika didapati bersalah.

Katanya lagi, usaha memperkemas mekanisme penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi menghalang penyalahgunaan pintu masuk negara oleh mana-mana pihak yang cuba mengancam keselamatan serta kedaulatan Malaysia. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan