Wednesday, July 22, 2026

KUD, HPF, SDSI diadakan secara bersama tahun ini – Zahid

Ketiga-tiga karnival ini bakal digabungkan untuk menjadi satu acara mega yang lebih meriah dan mampu memberikan impak yang lebih tinggi berbanding penganjuran secara berasingan,

Mesti Baca

KARNIVAL Usahawan Desa (KUD), Hari Peneroka Felda (HPF) dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang menjadi acara tahunan dan diadakan secara berasingan sebelum ini bakal dilangsungkan secara bersama tahun ini.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pada tahun-tahun sebelum ini ketiga-tiga acara tersebut dianjurkan dan sering dinanti-nantikan oleh masyarakat terutama pemegang taruh serta pihak berkepentingan mengikut matlamat penganjuran masing-masing.

“Insya-Allah, melalui mesyuarat yang telah berlangsung pada hari ini (semalam), ketiga-tiga karnival ini bakal digabungkan untuk menjadi satu acara mega yang lebih meriah dan mampu memberikan impak yang lebih tinggi berbanding penganjuran secara berasingan yang dilakukan sebelum ini,” katanya menerusi Facebook beliau malam tadi.

Sebelum itu, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Pelaksanaan KUD, HPF dan SDSI Tahun 2025 di Putrajaya.

Beliau berkata, pengumuman rasmi mengenai penganjuran karnival mega yang akan menggabungkan KUD, HPF dan SDSI tahun 2025 itu akan dimaklumkan pada waktu terdekat.

Sementara itu Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyambut baik saranan Zahid agar ketiga-tiga acara tersebut diadakan bersama.

Beliau berkata, penganjuran secara bersepadu itu bukan sahaja menjadi medan untuk menghargai sumbangan warga peneroka dan mempromosikan hasil produk tempatan, malah turut membawa misi besar dan membuka laluan kepada produk tempatan untuk menembusi pasaran global.

Katanya, dengan tema Desaku Mendunia, FELDA percaya karnival mega tersebut mampu memperkasakan ekosistem usahawan, memudahkan akses serta membina peluang jaringan kerjasama antarabangsa.

“Saya percaya pendekatan holistik ini akan memberi manfaat besar kepada warga peneroka, komuniti luar bandar serta pemain industri kecil dan sederhana (IKS) seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Karnival mega itu dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 7 Julai 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan