Tuesday, July 21, 2026

Insya-Allah, kita akan catat keputusan positif – Matt Davies

Walaupun tempoh persiapan kem negara singkat namun ia berjalan lancar dengan semua pemain menumpukan sepenuh perhatian di bawah barisan kejurulatihan baru diketuai Cklamovski.

Mesti Baca

“INSYA-ALLAH, kami akan mendapat keputusan yang positif dan memulakan kempen ini dengan langkah kanan.”

Demikian keyakinan yang ditunjukkan oleh kapten Harimau Malaya, Matthew Davies ketika sidang media menjelang perlawanan pertama pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 Kumpulan F bertemu Nepal esok.

Beliau berkata, walaupun para pemain yang dipanggil oleh Ketua Jurulatih, Peter Cklamovski hanya dapat berkumpul selama lapan hari namun mereka tetap berpuas hati.

“Daripada sudut pemain, kami berpuas hati dengan persiapan walaupun lapan hari sahaja menjalani latihan selain dapat menggunakan fasiliti bertaraf dunia di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam.

“Kami juga dapat mengetahui ilmu dan konsep baharu daripada barisan kejurulatihan yang baharu,” katanya pada sidang media tersebut hari ini.

Pada sidang media tersebut, Nepal diwakili penjaga gol pasukannya, Kiran Kumar Limbu dan ketua jurulatih Matthew Barry Ross.

Beliau berkata, walaupun tempoh persiapan kem negara singkat namun ia berjalan lancar dengan semua pemain menumpukan sepenuh perhatian di bawah barisan kejurulatihan baru diketuai Cklamovski.

Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga mahu membalas kepercayaan pemilik JDT,  Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang sentiasa menyokong usaha meletakkan bola sepak Malaysia di peringkat tertinggi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana sentiasa menjadi tulang belakang kepada kami,” katanya.

Sementara itu, pengendali dari Australia itu teruja dengan para pemain Harimau Malaya yang begitu komited sepanjang menjalani latihan di pusat latihan JDT tersebut.

“Bagus buat saya melihat pemain begitu komited. Ia menghadirkan rasa teruja untuk saya membantu pasukan untuik menjadi lebih baik.

“Setiap hari akan peningkatan dan kami sebenarnya sedang bergerak ke arah yang betul. Untuk menjadi pasukan yang lebih baik, kami perlu terus bantu mereka,” katanya.

Difahamkan Cklamovski hanya akan menyenaraikan 23 pemain untuk pertembungan dengan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim pukul 10 malam esok.

Harimau Malaya belum pernah ditewaskan oleh The Gorkhalis dalam tujuh pertemuan sebelum ini malahan merekodkan lima kemenangan berturut-turut dalam pertemuan terakhir mereka. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan