KERAJAAN memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 dan diesel bagi Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen bagi tempoh 6 hingga 12 Mac.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selasas dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.
Dengan penurunan itu, harga runcit bagi RON97 ialah RM3.38 sen seliter manakala harga runcit diesel bagi Semenanjung Malaysia pula ualah RM3.13 sen seliter.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” kata kenyataan itu hari ini.
Ini kali pertama kerajaan menurunkan harga bahan bakar tersebut setelah mencatatkan kenaikan beberapa minggu pada akhir tahun lalu dan awal tahun ini.
Sementara itu, harga runcit bagi RON95 kekal pasa harga RM2.05 sen seliter manakala diesel bagi Sarawak, Sabah dan Labuan juga kekal pada RM2.15 sen seliter.
MOF berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Edisi 9

