23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Tiada kompromi terhadap pegawai, anggota culas – Mohd Rosli

Mesti Baca

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyambut baik hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menekankan kepentingan tatakelola baik dalam perkhidmatan awam bagi meningkatkan kecekapan dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas demi memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, Maritim Malaysia akan memastikan tahun 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik agensi itu sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.

Justeru jelas beliau, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai mahupun anggotanya yang cuba menggadaikan keselamatan negara kerana culas dalam tugasan, tidak berintegriti atau mementingkan keuntungan peribadi.

“Ini merupakan suatu perkara serius yang perlu ditangani dengan sebaiknya oleh semua ketua-ketua jabatan dalam memastikan perkhidmatan awam dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia,

“Melalui Teras Tujuh yang saya perkenalkan, pengukuhan tatakelola telah menjadi salah satu teras yang diletakkan dalam usaha memacu Agensi agar menjadi sebuah pasukan penguat kuasa yang disegani dan terbaik di dunia,” tegas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Sebelum itu beliau hadir di Kementerian Dalam Negeri bagi menyaksikan ucapan Perdana Menteri secara langsung sempena perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Januari 2025.

Bagi memastikan perkhidmatan yang lebih efisien, Mohd Rosli berkata, Maritim Malaysia turut merancang program latihan khusus dalam bidang teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI) untuk melengkapkan pegawai dan anggota dengan pengetahuan serta kemahiran teknologi terkini.

Melalui aplikasi teknologi AI dalam pengawasan, analisis data, dan pengurusan risiko, Maritim Malaysia yakin dapat meningkatkan keberkesanan operasi dan dapat berhadapan cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Usaha yang dirancang ini turut seiring dengan impian Perdana Menteri yang ingin melihat penjawat awam terutamanya golongan muda dapat menyaingi kepakaran yang dimiliki penyedia perkhidmatan kerajaan (konsultan) serta pihak luar negara.

Melalui komitmen yang dinyatakan ini, Maritim Malaysia akan memastikan negara terus dipacu cemerlang Kerajaan MADANI dengan melalui peningkatan dan pengukuhan tatakelola pegawai dan anggota Maritim Malaysia dalam segenap bidang dan pengoperasian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan