32.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 12, 2025

Perangi maklumat palsu, Sebenarnya.my guna ‘chatbot’ AIFA

Mesti Baca

MEMANFAATKAN teknologi kecerdasan buatan (AI), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghasilkan satu ‘chatbot’ bagi menjawab kemusykilan masyarakat.

Dikenali sebagai Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA), ‘chatbot’ tersebut akan menjawab kemusykilan orang ramai berhubung sesuatu maklumat yang diterima menerusi media sosial.

Disepadukan dengan portal Sebenarnya.my, AIFA diharap dapat dijadikan platform rakyat bagi menyemak berita yang tidak ditentusahkan dalam talian.

“AIFA ialah alat penting untuk memperkasakan rakyat dengan maklumat disahkan oleh pihak berwajib dan mengurangkan impak buruk daripada maklumat palsu yang tersebar.

“Dengan kemudahan ini, pihak MCMC menawarkan kepada rakyat cara mudah, pantas dan boleh dipercayai untuk mengesahkan maklumat yang mereka terima atau temui secara dalam talian,”kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Advertisements

Ketika melancarkan Chatbot.Sebenarnya.my di Cyberjaya hari ini, Fahmi berkata, AIFA turut menggunakan algoritma dan pembelajaran mesin untuk memadankan maklumat dengan sumber boleh dipercayai.

Selepas itu, AIFA akan menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih secata pantas kepada pengguna dengan menggunakan bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Bagaimanapun, katanya, AIFA buat masa kini hanya menerima input dalam format teks dan ia akan diperluaskan untuk menerima input dalam format lain termasuk video dan grafik.

“Saya minta MCMC untuk mengembangluaskan penggunaan AIFA, pertama dalam kalangan rakan-rakan Komuniti Madani di bawah Jabatan Penerangan dan kedua menerusi 1,000 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang mempunyai 1.3 juta ahli,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia bakal miliki kapal baharu buatan Turkiye

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menerima sebuah kapal induk baharu buatan Turkiye sebagai langkah strategik memperkukuh keupayaan...

Lagi Artikel Berkaitan