23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

RON97 naik lagi 3 sen, kini RM3.25 seliter

Mesti Baca

HARGA runcit petrol RON97 naik lagi 3 sen seliter selepas mencatatkan kenaikan sama minggu lalu, menjadikan harga terbaharu sehingga 1 Januari kepada RM3.25 seliter.

Ini merupakan kenaikan minggu kedua berturut-turut setelah beberapa bulan berada keadaan kekal RM3.19 sebelum naik kepada RM3.22 minggu lalu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter di seluruh negara.

Advertisements

Manakala harga runcit diesel juga kekal pada harga RM2.95 seliter bagi Semenanjung dan RM2.15 seliter bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi

memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan