HARGA runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen daripada RM3.19 seliter kepada RM3.22 sen seliter bermula tengah malam ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, penetapan harga runcit produk petroleum itu dibuat secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.
MOF berkata, berdasarkan formula tersebut, harga runcit bagi produk petroleum lain iaitu RON95 dan diesel bagi semua negeri kekal seperti sebelum ini.
RON95 kekal pada para RM2.05 seliter, diesel bagi Semenanjung kekal di paras RM2.95 seliter manakala bagi Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi
memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata MOF hari ini.
Harga tersebut berkuat kuasa sehingga 25 Disember ini. – Edisi 9