SERAMAI 234 individu telah menerima manfaat daripada Tabung Kasih@HAWANA sejak diperkenalkan pada April tahun lalu.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tabung tersebut merupakan insiatif Kementerian Komunikasi bagi menyantuni pengamal media yang dalam kesukaran.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tabung yang diusahakan melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) itu bagi membantu pengamal media sama ada dalam perkhidmatan, bersara, uzur atau memerlukan bantuan.
“Daripada jumlah itu, 204 penerima pula adalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan ataupun apa-apa isu yang kita minta untuk dibantu,” katanya.
Fahmi berkata, seramai 30 pengamal media yang terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini turut menerima sumbangan tersebut.
Sebelum itu, beliau meluangkan masa menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada jurukamera RTM Terengganu, Asmara Mat Hassan di Sungai Rengas, Kuala Terengganu.
Asmara telah berkhidmat selama 36 tahun di RTM dari tahun 1981 hingga 2017.
Selain diserang strok pada September lepas, beliau turut menghidap penyakit buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis. – Edisi 9