23 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

10,000 PMKS disasar guna platform B2B halal Salaam Market

Mesti Baca

SEBANYAK 10,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) disasar menggunakan Salaam Market, platform e-dagang peniaga untuk peniaga (B2B) halal pertama di negara ini.

Pengasas Macro Tech Ventures Sdn Bhd (Borong), Aizat Rahim berkata, Salaam Market adalah platform komprehensif yang dapat membantu PMKS mendapatkan produk halal tempatan dengan mudah, selamat dan praktikal. 

Beliau berkata, penyediaan platform yang dibangun bersama Maybank Islamic Berhad itu adalah langkah besar untuk usahawan PMKS yang ingin memperluaskan jangkauan mereka, baik di Malaysia mahupun antarabangsa.

Selain itu menurut beliau, Salaam Market diharap dapat memposisikan Malaysia sebagai peneraju utama dalam pasaran halal sedunia.

“Melalui kerjasama dengan Maybank Islamic bagi penyelesaian pembiayaan dan memanfaatkan sokongan JAKIM dalam pensijilan halal, Salaam Market mampu menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pemain industri halal, termasuk isu kemampuan dan aksesibiliti,” katanya.

Advertisements

Salaam Market telah diperkenalkan pada Expo Halal Antarabangsa Pulau Pinang 2024 (PIHEX)  baru-baru ini yang rasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Pengarah Program Strategik Maybank Islamic, Dr Muhd Ramadhan Fitri Ellias berkata, Salaam Market adalah salah satu inisiatif melangkaui perbankan oleh Maybank Islamic untuk mendukung keperluan PMKS dalam mengukuhkan ekosistem halal. 

Beliau berkata, melalui Maybank Islamic, penggiat industri halal boleh memajukan perniagaan mereka melalui pembiayaan malah bimbingan fasiliti halal secara langsung.

Untuk rekod, Salaam Market kini menawarkan diskaun terhad sebanyak RM100 dengan perbelanjaan minimum RM250, bagi setiap pembelian yang dibuat mulai hari ini hingga 1 Januari 2025. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan