30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

Projek mineral: Lima ADUN Sabah sudah dipanggil SPRM

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung dakwaan rasuah membabitkan projek mineral di negeri itu.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan yang disyakit terbabit dalam isu tersebut dan siasatan masih dijalankan.

“Siasatan awal berhubung aduan tersebut telah membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang disyaki terlibat isu dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.

“Setakat ini, lima orang ADUN telah dipanggil untuk dirakam percakapan, dan siasatan masih giat dijalankan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan dengan telus dan menyeluruh.

Advertisements

Sebelum ini, media melaporkan, tersebar satu klip audio dan tiga klip video memaparkan perbualan ADUN Sabah dengan individu yang dipercayai bertanggungjawab merakam klip terbabit sebelum disebar melalui portal Malaysiakini.

Antara ADUN yang dikaitkan dengan klip audio itu adalah Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Rubin Blang (Kemabong), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Ir Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat).

Setakat ini, Yusof, Rubin dan Mohd Arsad sudah memberi penjelasan berhubung klip video itu, termasuk menafikan menerima rasuah berhubung rundingan projek yang dikaitkan dengan perlombongan mineral.

Bagaimanapun, Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah enggan memberi komen ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, kelmarin.

Klip memaparkan Menteri Kerja Raya Sabah itu ‘ditemu ramah’ oleh individu yang dipercayai merakam video berkenaan, didedahkan kelmarin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan