33.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024

Transformasi pendidikan: Dari tradisi ke ‘Education 5.0’

Mesti Baca

Saudara Pengarang

Dalam landskap pendidikan yang sentiasa berkembang, peralihan daripada kaedah tradisional kepada platform digital telah membuka jalan kepada paradigma pembelajaran yang lebih inovatif.

Semasa pandemik Covid-19, kehidupan seharian menjadi lebih digital, begitu juga sistem pendidikan di Malaysia.

Kelas dalam talian dan pembelajaran jarak jauh telah digunakan oleh tenaga pengajar untuk melancarkan sesi pembelajaran dan pengajaran.

Ketika itu, tenaga pengajar dan pelajar perlu menyesuaikan diri dengan kadar segera untuk menghadapi situasi sukar kehidupan sewaktu pandemik melanda.
Kesannya, Covid-19 telah membentuk individu yang mempunyai emosi lebih cerdas.

Pada masa kini, peralihan daripada Pendidikan 4.0 (Education 4.0) yang bercirikan penyepaduan teknologi pintar dengan hanya memberi tumpuan untuk menyediakan pelajar di dunia digital kepada era pendidikan baru.

Pendidikan 5.0 (Education 5.0) merupakan transformasi pendidikan secara menyeluruh yang mengutamakan aksesibiliti, keterangkuman, dan personalisasi.

Dengan mengadaptasi kecerdasan buatan (AI), realiti maya (VR), realiti tambahan (AR), pengkomputeran awan, analisis data besar dan teknologi baharu yang lain, ia mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran tanpa batasan, sama ada lokasi fizikal, waktu, bahasa, atau halangan pembelajaran secara tradisional yang lain.

Advertisements

Institusi pendidikan boleh mengintegrasikan aspek-aspek tersebut ke dalam perancangan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Justeru meningkatkan pengetahuan teknikal dan kemahiran seperti, kerja kolaboratif, hubungan interpersonal yang lebih baik, empati, dan toleransi, kreativiti, pengurusan konflik dan komunikasi yang lebih lancar.

Pendidikan 5.0 menumpukan pada menyediakan pengalaman pembelajaran yang dipersonalisasi dan disesuaikan dengan keperluan dan kemampuan setiap pelajar.

Ini boleh dicapai dengan menggunakan AI untuk merancang pelan pembelajaran individu dan menyesuaikan pengajaran secara langsung berdasarkan kemajuan dan kemampuan pelajar.

Pendidikan 5.0 juga menggalakkan kolaborasi dan keterhubungan antara pelajar dan tenaga pengajar. Ini dapat dicapai melalui teknologi seperti VR, AR dan internet pelbagai benda (IoT) yang membolehkan pengalaman pembelajaran interaktif.

Penglibatan pelajar, penyertaan dalam kerja kumpulan, serta kemahiran komunikasi dan kerjasama seperti penyelesaian konflik dan kebolehan menyelesaikan masalah juga perlu diambil kira di dalam penilaian prestasi pelajar.

Pendidikan 5.0 juga menumpukan kepada pembangunan kemahiran seperti pemikiran kritis, kreativiti, dan penyelesaian masalah, bukan sekadar pembelajaran secara hafalan.

Ini dapat dicapai melalui penggunaan teknologi seperti pembelajaran berasaskan permainan, pembelajaran berasaskan projek, dan kaedah pembelajaran aktif yang lain.

Konklusinya, Pendidikan 5.0 mampu menyediakan pengajaran yang lebih berperikemanusiaan, dengan penekanan pada pembangunan sosial dan emosi pelajar serterusnya menggalakan meningkatkan kualiti hidup sesebuah masyarakat.

Era pendidikan baharu ini mampu melengkapkan pelajar dari semua peringkat usia dengan kemahiran, pengetahuan, dan kebolehsuaian yang diperlukan untuk berjaya di masa hadapan dalam dunia yang serba berubah dan mencabar ini.

SHARINA MOHD SALLEH
Universiti Tenaga Nasional,
Muadzam Shah,
Pahang.
Advertisements

Terkini

Banjir: PMC utamakan kesihatan pesakit sedia ada, kakitangan

PUTRA Medical Centre (PMC) Alor Setar, Kedah memperkukuh komitmen terhadap servis komuniti dengan memberi keutamaan kepada pesakit dalaman dan...

Lagi Artikel Berkaitan