30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

29 usahawan asnaf di bawah MAIM dapat geran RM435,000

Mesti Baca

SERAMAI 29 usahawan asnaf di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bakal diberikan geran berjumlah RM435,000 menerusi Program Tunas Perintis Usahawan.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy berkata, program tersebut merupakan kerjasama strategik antara pihaknya dan MAIM.

Beliau berkata, kesemua peserta telah rancangan perniagaan masing-masing dan menerima bantuan geran permulaan sehingga RM15,000 setiap peserta.

“Semua peserta seterusnya diwajibkan untuk melapor status perniagaan mereka secara berkala bagi memastikan prestasi perniagaan mereka sentiasa dipantau dan ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penutup Program Tunas Perintis Usahawan di Alor Gajah, Melaka semalam.

Hadir sama Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad.

Advertisements

Rizal berkata, sebelum ini SME Corp. Malaysia telah mengadakan Program Tunas Usahawan Baitulmal (TUB) dan Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) bersama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Katanya, program TUB telah melatih 134 usahawan asnaf manakala TUZPP seramai 49 orang dengan merekodkan nilai hasil jualan sebanyak RM4.53 juta dan RM1.6 juta masing-masing.

Program berbentuk latihan yang direka khas untuk memenuhi keperluan peserta asnaf itu juga diinspirasikan daripada Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

Rizal berkata, sehingga kini program TUBE telah melatih 8,543 belia melibatkan geran perniagaan berjumlah RM125.84 juta.

“Program Tunas Perintis Usahawan ini bertujuan meningkatkan taraf hidup usahawan asnaf melalui aktiviti keusahawanan yang inovatif serta membina daya tahan dan jati diri usahawan asnaf agar mereka lebih berdaya saing dalam menguruskan perniagaan selain mengubah paradigma daripada penerima zakat kepada pembayar zakat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan