25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Terengganu FC pecat Tomislav, Badrul Afzan pangku tugas

Mesti Baca

PENGENDALI Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner telah diminta melepaskan jawatan sebagai Ketua Jurulatih pasukan itu berkuat kuasa serta-merta.

Kelab Terengganu FC (TFC) menerusi satu kenyataan berkata, turut diarah meninggalkan skuad Peteh ialah Penolong Jurulatih, Ivica Vranjes dan Jurulatih Kecergasan, Hrvoje Bradasic.

“Kelab Terengganu FC telah mengadakan satu perbincangan bersama pengendali pasukan, Tomislav Steinbruckner dan telah mencapai satu persetujuan bersama untuk melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Jurulatih pasukan TFC musim ini. 

“Langkah ini diambil dan diputuskan bersama atas dasar melihatkan prestasi semasa pasukan serta dalam usaha kelab untuk memelihara keadaan dan perhubungan di antara para pemain, penyokong dan imej kelab secara keseluruhannya,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

Ekoran keputusan tersebut, tugas mengendalikan skuad Pantai Timur itu digalas sementara oleh Penolong Ketua Jurulatih, Badrul Afzan Razali dan dibantu oleh Hairudin Omar. 

“Tomislav menyatakan beliau bersetuju atas dasar sepertimana yang telah dinyatakan dan berharap kelab ini mampu terus bergerak dengan baik dan lebih berjaya pada masa-masa yang akan datang,” kata TFC.

Prestasi TFC musim ini dilihat tidak menentu apabila gagal mencatat sebarang kemenangan dalam lima perlawanan terakhir dalam semua kejohanan dengan tiga kali merekodkan keputusan seri. 

Usaha membawa penyerang import baharu, Nelson Bonilla bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Ivan Mamut juga sehingga kini belum menampakkan impak positif. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan