32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 7, 2024

Pemuda UMNO kekal konsisten bawa suara rakyat – Akmal

Mesti Baca

PEMUDA UMNO kekal konsisten membawa suara rakyat tanpa rasa takut sejak dahulu, kini sehinggalah selama-lamanya.

Ketuanya, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, tindakan Pemuda UMNO adalah untuk meluruskan tempang dan memperbaiki kepincangan.

Dengan mengambil kata-kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berada dalam Pemuda UMNO dahulu, Akmal berkata, sayap parti itu akan terus berjuang dan berkarya.

“Pemuda UMNO kekal konsisten membawa suara rakyat tanpa rasa takut dulu, kini dan Insya-Allah selamanya.

“Meluruskan yang tempang dan memperbaiki kepincangan.

“Terima kasih Datuk Seri Presiden, Ahmad Zahid Hamidi kerana membenarkan Pemuda UMNO kini terus berjuang dan berkarya untuk membawa semangat pemuda dulu, kini dan Insya-Allah selamanya,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Akmal berkata, keutamaan Pemudq UMNO adalah suara rakyat  dan bukannya suara pengadu domba yang suka melihat kerajaan  berpecah-belah.

Advertisements

“Pemuda kekal rileks dengan cara kita,” katanya.

Kelmarin, Zahid mengingatkan pemimpin UMNO agar tidak ‘mengusik’ rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.

Beliau menegaskan, hubungan dan situasi perpaduan semasa dalam kerajaan perlu dikekalkan dengan sikap hormat-menghormati.

Sebelum ini, Akmal mengkritik kenyataan pemimpin DAP, Teresa Kok berhubung isu pengsijilan halal sehingga Ahli Parlimen Seputeh itu mengambil tindakan undang-undang terhadap ADUN Merlimau tersebut.

Semalam, Akmal memberi amaran dipercayai ditujukan kepada DAP: “Kalau takut kena usik, jangan sesekali usik kami dulu.

“Jangan ingat kamu usik kami, kami diam membisu sahaja, orang lain mungkin tetapi bukan kami. Simple as that…,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SME Corp, Monsha’at Arab Saudi jalin kerjasama, kongsi maklumat

SME Corp. Malaysia menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Am Perusahaan Kecil dan Sederhana (Monsha'at) Arab Saudi bagi...

Lagi Artikel Berkaitan